|
|
|
Blog url: http://telupid.blogspot.com/ Latest post : MINIT DIALOG TELUPID... NGAM! »» 23/07/2010,MINIT MESYUARAT PERSEDIAAN MAJLIS DIALOG DAERAH PENUH TELUPID Tarikh : 20hb Julai, 2010. Masa : 9.00 Pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Telupid Pengerusi : Pejabat Daerah Telupid Kehadiran : 1. Setiausaha Sulit Kepada YB Datuk Ronald Kiandee 2. Setiausaha Sulit Kepada YB DSP Michael Asang 3. Ketua Anak Negeri Telupid 4. Ketua Jabatan Perhutanan Telupid 5. Ketua Jabatan Air Telupid 6. Pengawai Penyelia SESB Telupid 7. Wakil Jabatan Pendaftaran Telupid 8. Wakil Jabatan Ternak dan Haiwan Telupid 9. Pegawai Pelajaran Daerah Telupid 10. Wakil Majlis Daerah Beluran 11. Wakil Jabatan Tanah dan Ukur Sandakan 12. Wakil Jabatan Tanah dan Ukur Beluran 13. Pengetua SMK Telupid 14. Pegawai Koperasi Pembangunan Desa Telupid 15. Ketua Jabatan Kebajikan Telupid 16. Ketua Polis Telupid 17. Wakil Klinik Kesihatan Telupid 18. Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Telupid 19. Pejabat Daerah Telupid Agenda : 1. Ucapan pembentangan dari Setiausaha Sulit YB DSP Michael Asang 2. Ucapan pembentangan dari Setiausaha Sulit YB Datuk Ronald Kiandee. 3. Tatacara dan Logistik Majlis Dialog 4. Lintas langsung keperluan Telupid mengikut Jabatan 1. UCAPAN PEMBENTANGAN ADUN 1.1 Usul Daerah Penuh Telupid telah disuarakan di Dewan Undangan Negeri sebanyak 5 kali. Pada kali kelima, desakan dibuat; keputusan untuk menghantar pegawai daripada Kementerian Luar Bandar Sabah (KPLB) untuk memeriksa kesesuaian. 1.2 Telupid gagal jadi daerah penuh kerana HASIL (REVENUE) TIDAK CUKUP. 1.3 Bukan kerana jumlah orang, keperluan penduduk dan juga kesesuaian… tapi kerana HASIL (REVENUE) TIDAK CUKUP. Macam mana mau cukup kalau Hasil di Telupid terutama cukai tanah dan lesen dihantar di Beluran? Hasil di Jabatan Air Telupid dihantar ke Ranau? 1.4 Mesyuarat ini salah satunya bertujuan untuk memohon data-data baru daripada semua Ketua-Ketua dan Wakil-Wakil Jabatan untuk dikumpul (compile) oleh Pejabat Daerah Telupid sebagai asas maklumat ke arah Daerah Penuh Telupid. 1.5 Bagi maksud mendaerah-penuhkan Telupid ini, Ketua Menteri Sabah dijadualkan akan datang ke Telupid sebelum Krismas. 1.6 Sesuai dengan masa Dialog ini, pada bulan Ogos nanti ada persidangan DUN. Fakta dan maklumat daripada Majlis Dialog ini nanti akan menjadi sumber baru (fresh) untuk diketengahkan. 1.7 YB DSP Michael Asang tidak akan dapat mengemukakan isu Daerah Penuh Telupid dalam Dewan Undangan Negeri kerana duduk sebagai Pembantu Menteri. Kita bersandar kepada YB Masiung Banah untuk mengemukakan isu Daerah Penuh Telupid dan pelurunya daripada kita (data-data jabatan-jabatan kerajaan Telupid). 2. UCAPAN PEMBENTANGAN ADR 2.1 Majlis Dialog ini diilhamkan oleh YB Datuk Ronald Kiandee atas desakan, kenyataan dan maklum balas yang memberansangkan dalam laman Facebook. 2.2 Majlis Dialog ini diadakan bagi memberi maklumat yang jelas kepada masyarakat tanpa prejudis dan dipolitikan. 2.3 Sesuai dengan komitmen YB Datuk Ronald Kiandee, senarai agihan jemputan ke Majlis Dialog adalah seperti berikut:- i. Setiausaha Kerajaan Negeri ii. Pengurus BSN iii. Pengurus Agro Bank iv. Pengurus Pos Malaysia v. Jabatan Ketua Menteri vi. Pengarah JKR vii. Pengarah Jabatan Air Sabah viii. Pengarah Perhutanan ix. Pengarah Pendaftaran Sabah x. Pengurus SESB Sabah xi. Pengarah Pertanian Sabah xii. Pengarah Perpustakaan xiii. Pengarah Kesihatan xiv. Pengarah Tanah dan Ukur xv. Pengarah Jabatan Hutan Dan Pengarah-Pengarah daripada Jabatan yang berkenaan. 2.4 Berharap agar kehadiran penuh daripada semua Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Telupid bagi memberi maklumat yang tepat kepada semua Pengarah-Pengarah yang datang ke Majlis Dialog ini. 2.5 Berharap agar hanya kemahuan dan matlamat ke arah Daerah Penuh Telupid menjadi taruhan dalam Majlis Dialog ini tanpa prejudis, politik dan isu-isu individu daripada peserta-peserta yang hadir di Majlis Dialog tersebut. 3.0 TATACARA DAN LOGISTIK MAJLIS DIALOG 3.1 Ketetapan Majlis Tarikh : 29hb Julai, 2010. Tempat : Dewan Institut Perhutanan Sabah, Telupid. Masa : 08.00 pagi - 04.00 petang 3.2 Aturcara Majlis 08.00 pagi - Ketibaan AJK, peserta, penduduk kampung, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Telupid, Pengarah-Pengarah Jabatan Kerajaan, YB DSP ADUN dan YB ADR. - Jamuan ringan untuk semua yang hadir. 09.00 pagi - Seisi Dialog bermula dengan 16 wakil dari setiap kampung seterusnya Wakil NGO dan rakyat. 12.00 tengahari - Merarau 01.00 petang - Seisi Jawapan dari bahagian Kerajaan. 03.00 petang - Ucapan penggulungan dari YB DSP ADUN dan YB ADR. - Minum petang. Acara pagi dikhaskan pengajuan soalan atau isu, seramai 16 wakil dari setiap kampung dalam Daerah Telupid akan memulakan sesi dengan tempoh bercakap selama 5 (lima) minit seorang. Persoalan dan isu hendaklah tidak bertindih. 3.3 Penyelarasan persoalan dan isu yang diutarakan akan diatur melalui Jawatankuasa Pembawa Usul diketuai oleh Encik Melton Martin. 4.0 LINTAS LANGSUNG KEPERLUAN TELUPID MENGIKUT JABATAN 4.1 Klinik Kesihatan Telupid didakwa satu-satunya klinik di Sabah dan di Malaysia yang mempunyai perkhidmatan 24 jam kerana mempunyai kes kemalangan dan atas faktor lokasi. Bilangan Pesakit Luar menunggu lebih tinggi daripada Bilangan Pesakit Luar di Hospital Beluran dengan nisbah Hospital Beluran 1 (satu) satu orang dan Klinik Kesihatan Telupid 10 (sepuluh) orang. Bilangan doktor yang bertugas di Klinik Kesihatan Telupid juga melebihi daripada kebiasaan klinik-klinik lain di Sabah. Untuk rekod kita ada 3 orang doktor di Klinik Kesihatan Telupid dan 2 orang doktor di Klinik Swasta di Pekan Telupid. Kementerian Kesihatan sudah meronta-ronta ingin membuat hospital di Telupid tapi kerana taraf daerah kita belum lagi daerah penuh. Seolah-olah Kerajaan Negeri sengaja melambat-lambatkan daerah penuh untuk menidakkan hak kita mendapat kesihatan yang lebih baik. 4.2 Balai Polis Telupid merupakan penyumbang kepada kadar jenayah di Beluran. Ini kerana lokasi Telupid yang dikelilingi oleh estet-estet serta kesesuaian Telupid menjadi lokasi hiburan dengan memiliki lebih daripada 5 (lima) pusat karaoke. Menjadi kesusahan kepada semua penduduk Telupid bila berurusan berkaitan laporan polis yang hanya boleh ditandatangani oleh pegawai tertinggi di IPD Beluran. 4.3 Isu Pejabat Pelajaran Telupid yang menjadi pusat pentadbiran bagi sekolah-sekolah di Daerah Penuh Tongod. Cadangan untuk memindahkan pejabat ke Tongod akan melahirkan banyak masalah kepada penduduk setempat; terutamanya berkaitan dengan urusan pelajaran. Juga mengenai nama “Pejabat Pelajaran Tongod (Telupid)” adalah sangat tidak sesuai. PENUTUP Terdapat beberapa isu yang memerlukan sokongan kita bersama. Semoga minit mesyuarat versi saya ini menjadi pembuka minda kepada apa yang kita mahu selama ini. KITA MAHU TELUPID MENJADI DAERAH PENUH! NGAM! Digarap oleh, Melton Martin, Penasihat FB Telupid. 23hb Julai, 2010. Read more... |
Only registered users are allowed to post
|
Category: Borneo Bloggers Directory
|
|
Category: Borneo Bloggers Directory
|